? ??????????????Flowers Bloom? ????? ?? ???Rating: 4.3 (9 Ratings)??534 Grabs Today. 8790 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????We could Be Dreaming? ????? ?? ???Rating: 4.4 (7 Ratings)??510 Grabs Today. 7273 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Unr BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, April 27, 2010

Pulau Tioman




Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam (scuba). Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.
Lokasi
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia, di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam.
70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong.
36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.
Pelancong
Jumlah pelancong sebulan antara 800-1200 orang pada tahun 1998. Pelancong datang dari Jerman, Perancis, Itali, England, Singapura dan lain-lain negara. Dalam setahun, 10,000 - 50,000 pelancong datang ke pulau ini. Tetapi di masa kini (2009) angaran pelancong yang berkunjung ke pulau ini meningkat. Jumlah pelancong sebulan mencecah 30,000 - 50,000 orang sebulan. Kebanyakan pelacong yang datang ke pulau ini berasal dari eropah. Tempat yang menjadi tumpuan ramai utk dikunjungi ialah Kg.Salang.
Resort Popular Di Kg.Salang
1. Salang Indah Tioman 2. Salang Sayang Resort 3. Salang Pusaka Resort
Ketiga-tiga resort diatas diusahakan oleh penduduk Kampung Salang sendiri.
[sunting] Asal-usul nama
Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.
Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.
Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.
Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara.
Gugusan pulau
Terdapat 8 buah pulau dalam gugusan Pulau Tioman. Pulau Tioman adalah pulau yang terbesar. Antara pulau-pulau yang berdekatan dengan Pulau Tioman ialah :
Pulau Sepoi *Aktiviti: Scuba Diving
Pulau Chebeh *Aktiviti: Scuba Diving
Pulau Soyak *Aktiviti: Scuba Diving & Snorkeling
Pulau Renggis *Aktiviti: Scuba Diving & Snorkeling
Pulau Tulai *Aktiviti: Scuba Diving & Snorkeling
Pulau Jahat *Aktiviti: Scuba Diving & Snorkeling
Pulau Tomok *Aktiviti: Scuba Diving & Snorkeling
Pulau Bahara *Aktiviti: Scuba Diving
[sunting] Kampung
Ada beberapa kampung yang terdapat di Pulau Tioman. Antaranya ialah:
Kampung Tekek
Juara
Air Batang
Kampung Salang
Kampung Mukut
Kampung Genting
Hanya Kampung Juara yang menghadap Laut China Selatan manakala yang lain menghadap daratan Semenanjung Malaysia.
Penduduk Pulau Tioman
Pada tahun 1987, terdapat 1564 orang penduduk. Bilangan rumah di sini ialah sebanyak 285 buah. Antara 1989 hingga 1990, penduduk Pulau Tioman ialah seramai 1500 orang. Kampung Tekek mempunyai penduduk yang paling ramai dengan bilangan penduduk sekitar 600 orang. Rumah mereka dibina di tepi-tepi pantai kerana hanya bahagian pantai sahaja merupakan kawasan datar. Rumah mereka menghadap laut dan menerima hembusan bayu dari laut.
Penduduk Pulau Tioman sangat ramah tetapi keramahan mereka lebih terasa. Apa yang dikatakan oleh kebanyakkan pelancong yang datang ke sini ialah betul. Pelancong asing dan tempatan turut merasakannya. Mereka menyapa pelancong yang lalu lalang.
Seorang pelancong Jerman menyatakan bahawa telah banyak pulau-pulau di seluruh dunia telah dikunjunginya, tetapi Pulau Tioman adalah pulau yang tercantik dan menarik.
Penduduk di Pulau Tioman jarang pergi ke tanah daratan. Ini mungkin kerana tambang agak mahal untuk selalu pergi ke Mersing. Seorang perempuan di sini menyatakan, dia hanya 3 bulan sekali pergi ke Mersing. Tambang untuk penduduk tempatan sebenarnya lebih murah.
Bahasa penduduk Tioman ialah bahasa Melayu pulau. Mereka cenderung kepada dialek Kelantan lawan bahasa Darat. Ramai juga yang telah menguasai bahasa Inggeris kerana bahasa ini amat diperlukan oleh para pelancong asing. Menu di restoran-restoran di sini ialah dalam Bahasa Inggeris. Begitu banyak restoran dan gerai di Pulau Tioman kerana kebanyakannya dibuka pada sebelah petang dan malam.
Akibat daripada ramainya pelancong yang datang, budaya anak-anak tempatan sedikit sebanyak turut berubah. Ada pemuda yang menukar nama menjadi Michael atau Joseph. Ada 2-3 pemuda yang berkahwin dengan wanita Inggeris dan kemudian berhijrah ke Eropah. Ini menunjukkan berlaku kejutan budaya yang mendadak di Pulau Tioman.
Pelancong yang hendak datang ke sini bolehlah menginap di hotel atau di chalet. Antaranya ialah Tioman Island Resort.
Di Pulau Tioman terdapat sistem tadahan air hujan semulajadi dimana di gunakan di beberapa buah kg di sana. Kebanyakkan rumah menggunakan air bukit untuk kegunaan harian. erdapat juga beberapa batang anak sungai.
Cuaca
Musim tengkujuh merupakan musim senyap. Ombak tinggi pula datang dari Laut China Selatan. Tiada aktiviti pelancongan pada bulan Disember, Januari, dan Februari. Ombaknya mencapai ketinggian 5 meter dan boleh menenggelamkan bot.
Perancangan
Kerajaan Pusat bercadang hendak menjadikan Pulau Tioman sebagai pulau bebas cukai mulai bulan Ogos 2002 melalui Lembaga Pembangunan Tioman. Seluruh Pulau Tioman adalah tanah rizab Melayu. Seluruh penduduk Tioman adalah orang Melayu. Jika ekonomi Pulau Tioman hendak berkembang lebih pesat, cadangan kerajaan ini patut digalakkan. Barangkali kerajaan akan bertindak bijak bagi memastikan orang Melayu khususnya di Pulau Tioman menikmati faedah setelah pulau ini dijadikan pulau bebas cukai.
Beberapa projek jutaan ringgit akan dilaksanakan seperti:
Menaik taraf jeti di Kampung Tekek dan Kampung Mukut
Sistem pelupusan sampah
Sistem kumbahan di seluruh Tioman
Penempatan semula penduduk.
Sstem bekalan air ke Kampung Tekek, Salang dan Genting - RM5 juta

0 comments: